Thursday, September 30, 2010

'Suara' minta tolong di Ladang Gadong


KUALA LUMPUR 30 Sept. - Ladang Gadong di Kuala Langat, Selangor yang menyimpan kisah tragis melibatkan jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya bersama tiga individu lain, kini mula menerima gangguan suara misteri.

Beberapa anggota polis yang bertugas mengawal lokasi pembunuhan kejam itu mendakwa mendengar 'suara-suara' meminta tolong hampir setiap malam.

Ekoran itu, polis dikatakan terpaksa menambah bilangan anggota yang berkawal daripada dua kepada lima hingga enam orang mengikut syif setiap hari.

"Pada mulanya, hanya dua anggota bertugas namun bilangannya terpaksa ditambah kerana ada yang mengalami gangguan-gangguan ketika bertugas.

"Mereka diganggu 'suara-suara' itu yang sayup-sayup kedengaran meminta tolong," kata sumber sambil memberitahu salah seorang suspek kes itu juga mengakui 'didatangi' lembaga.

Menurutnya, 'suara-suara' itu biasanya muncul dari dalam ladang kelapa sawit terbabit di waktu tengah malam semasa anggota-anggota sedang berehat di pondok kecil yang dibina mereka tidak jauh dari tali air.

Katanya, anggota-anggota terbabit juga tidak dapat memastikan dari arah mana 'suara-suara' itu kerana keadaan ladang yang amat gelap selain ia hanya sayup-sayup kedengaran.

Katanya lagi, bagi langkah berjaga-jaga anggota tidak melakukan rondaan seorang diri sebaliknya dijalankan secara berkawan pada setiap jam.

Sementara itu, menurutnya, sebatang tali air di ladang tersebut dipercayai telah dijadikan oleh suspek-suspek sebagai tempat pembuangan tulang-tulang mangsa di dalam kes berkenaan.

Katanya, bagi mengumpul bahan-bahan bukti itu, sebuah jengkaut digunakan untuk membuat dua tambak di bahagian kiri dan kanan tali air tersebut.

"Sebuah jentera Bomba dan Penyelamat pula ditugaskan untuk menyedut air di dalam tali air itu. Setelah kering, barulah forensik menjalankan kerja-kerja mengumpul bukti seperti tulang.

"Ia bagaimanapun terpaksa mengambil masa kerana tulang-tulang yang bercampur dengan selut itu terpaksa dibersih satu persatu," ujarnya.

Kata sumber itu lagi, cabaran lain dihadapi anggota bertugas adalah kawasan tersebut mempunyai bilangan lalat yang luar biasa dipercayai ekoran kematian ternakan seperti kambing serta haiwan peliharaan, iaitu anjing.

"Kalau duduk sebentar sahaja, lalat akan memenuhi muka. Haiwan-haiwan itu mati kerana kini tidak lagi diberi makan sejak tuannya ditahan polis," ujarnya.

Sosilawati, 47, bersama pemandu peribadinya, Kamarudin Shamsudin, 44; pegawai Bank CIMB, Noorhisham Mohammad, 38 dan peguam peribadi, Ahmad Kamil Abdul Karim, 32, dilaporkan hilang sejak 30 Ogos lalu selepas dikatakan ke Banting, di sini untuk urusan pembelian tanah.

Berikutan kehilangan keempat-empat individu itu, polis menahan lapan suspek untuk membantu siasatan kes berkenaan pada 9 dan 10 September lalu.

Saturday, September 18, 2010

ulat di mata manusia? huhu...errr

betul ke tidak nih? wallahualam...
tp rasa cam berdiri bulu roma bila deja tgk pic ni...

korang nilai lah sendiri .. yang penting jaga kebersihan diri luar & dalam...


Kematian Kawan Baik Datuk Sosilawati Lawiya, Sarina Jaafar

Baru saja kita dikejutkan dengan kematian jutawan terkenal pengasas kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya yang meninggalkan kita dalam keadaan mengharukan apabila dia menjadi mangsa pembunuhan kejam yang dilakukan oleh manusia yang entah di mana sifat perikemanusiaan mereka dan di dalangi oleh dua adik beradik peguam yang bermatakan duitan semata-mata.

Hari ini, ketika bersarapan di sebuah restoren, deja membeli paper Berita Harian, terkejut dengan berita kematian kawan baik Allahyarham Sosilawati iaitu Sarina Jaafar (45 Tahun) pengasas kosmetik Aveer ditemui mati tergantung di bilik tidur utama rumahnya. Polis mengatakan tiada kesan jenayah ditemui dan dikategorikan sebagai 'mati mengejut'. Difahamkan juga ia ada berkaitan dengan tekanan yang dihadapi dan kematian Sosilawati yang menganggu perasaan ahli perniagaan tersebut.

Byk persoalan yang bermain di minda deja, mengapa sanggup membunuh diri kerana kita sebagai orang islam sekiranya menghadapi kesusahan atau ditimpa musibah, kepada Dia iaitu Tuhan yang Esa juga kita meminta pertolongan, Waallahualam..... hanya Allahyarham Sarina Jaafar saja yang mengetahuinya. Marilah kita sedekahkan dan berdoa supaya roh nya dicucuri rahmat oleh Allah. Al-Fatihah...




Hadith :
Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:”:Sesiapa yang membunuh dirinya dengan benda tajam, maka benda tajam itu akan dipegangnya untuk menikam perutnya di neraka Jahanam. Hal itu akan berlangsung selama-lamanya. Sesiapa yang meminum racun sehingga mati, maka ia akan meminumnya di dalam neraka Jahanam selama-lamanya. Sesiapa yang menjatuhkan diri dari gunung semata-mata untuk membunuh diri, maka ia akan menjatuhkan dirinya ke dalam neraka Jahanam selama-lamanya.
Riwayat Abu Hurairah





reference:

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0919&pub=Utusan_Malaysia&sec=Jenayah&pg=je_01.htm


http://www.bharian.com.my/bharian/articles/RakanSosilawatimatitergantung/Article/



video

Friday, September 17, 2010

raya ke-9


Arini deja dok rumah jer..
layan abis movi best cam A-team, Salt etc..
pagi tadi deja buat nasi goreng ikan bilis ngan sambal tumis jer.
air kopi panas...uhh best.

nk resipi nk goreng ikan bilis...hahah
semua org tahu maa...paling simple.. ekekekek
oklah nk housekeeping jap...daaaa

Thursday, September 16, 2010

Friday, September 10, 2010

Sotong goreng tepung....


Sotong goreng tepung....

Bahan-bahan ( 3-4 orang )

* 300 gm sotong
* 1 cawan tepung gandum
* 1 sk baking powder
* 1 biji telur
* sedikit garam
* lada sulah
* sedikit serbuk kari (option kalau nk pedas)

Cara-cara

1. Potong sotong ikut suka, bersihkan dan toskan airnya.
2. Gaul sotong dgn sedikit garam dan lada sulah.
3. Pukul telur agak2 kembang skett dan Masukkan sotong ke dalam telur. Ketepikan.
4. Gaul tepung dgn bp. Masukkan sotong yg telah digaul dgn telur dalam tepung, salutkan habis sotong dgn tepung. Kalu nak pedas boleh letak sikit serbuk kari dalam tepung.
5. Goreng deep fry sampai golden brown. Goreng sotong kejap jer dalam 4-5 min kalau tak nanti sotong keras and liat.


@ Selamat Mencuba @

Thursday, September 9, 2010

Ikan ada Lidah ke?....




Rasulullah s.a.w bersabda. “Sejahat-jahat manusia pada Hari Qiamat nanti, ialah org yang bermuka dua. Barangsiapa bermuka dua di dunia maka di Hari Kiamat kelak, dia akan mempunyai dua lidah, dr lidah api neraka jahanam,”




Sabda Rasulullah lagi,Tidak akan masuk syurga org yang suka membesar-besarkan cerita. “Bila di Tanya apakah hikmah nya baginda menjawab, Sesungguhnya Allah s.w.t telah menciptakan semua makhluk itu mempunyai lidah, samaada yang boleh berkata-atau tidak boleh berkata-kata”

Salah seorang sahabat pun bertanya, “Kenapa ikan tidak mempunyai lidah?”

Sabda Rasulullah s.a.w, “Setelah Allah selesai menciptakan Adam a.s. maka di perintahkan sekelian malaikat agar tunduk sujud kepada nya.Semua malaikan patuh pada perintah itu kecuali iblis laknat.Oleh kerana iblis enggan sujud maka Allah melaknatnya serta mengusirnya keluar dr syurga dan dan di hapuskan rupanya yang elok itu, lalu di hantar iblis ke bumi.Apabila di turunkan ke bumi, iblis terus turun ke laut. Pertama sekali yang di jumpai oleh iblis ialah ikan.

Iblis pun menceritakan keburukan kekurangan Adam a.s kepada ikan.katanya “Sesungguhnya Adam itu amat suka memburu dan membunuh binatang-binatang yang ada di laut dan juga di darat.” Apabila ikan mendengan kata-kata iblis itu,ia pun segera menghebahkannya kepada binatang laut yang lain berita tentang Adam a.s. Oleh kerana Allah tidak menyenangi perbuatan ikan inilah lalu di hilangkan lidah ikan agar tidak menyampaikan berita yang tidak sebenarnya...