Thursday, May 9, 2013

MEMALI - RINGKASAN KISAH...


Sekadar untuk berkongsi apa yang deja sendiri baru tahu...semoga roh-roh mereka dicucuri rahmat oleh ALLAH S.W.T
 
Untuk generasi baru yang tidak tahu apa2 mengenai tragedi memali, meh sini aku cuba ringkaskan tentang apakah yg berlaku pada tarikh berdarah 19 November 1985 itu.


1) Ustaz Ibrahim bin Mahmud (Ibrahim Libya) adalah seorg pendakwah yang disegani pada masa itu. Pernah berkhidmat dengan Pusat Islam Malaysia sebelum berhenti kerja bagi menumpukan kepada kerja2 dakwah secara bebas dan gerakerja bersama Pas.

2) beliau adalah org yang amat lantang menentang dan membantah kerajaan yang pada ketika itu begitu sekular dan bejat serta melakukan kezaliman terutamanya dari aspek agama Islam. Kehebatan pidato beliau menarik minat beribu umat yang khusyuk mendengar taujihat dan ilmu yang disampaikan. Pusat kuliahnya adalah di Kampung Memali, Baling, Kedah.

3) perkembangan ini amat tak disenangi kerajaan yang pada ketika itu diketuai oleh Tun M (PM masa tu) dan Tun Musa Hitam (TPM dan juga menteri dalam negeri).

4) dalam usaha untuk menghentikan pengaruh Ibrahim Libya, pelbagai tohmahan dan penipuan telah disebarkan oleh kerajaan melalui media2 seperti melabelkan Ibrahi Libya dan pengikutnya sebagai pengamal ajaran sesat dan seumpamanya.

5) merasakan tak cukup dengan melabelkan Ibrahim Libya - semakin ramai yang menghadiri ceramahnya - maka alasan demi alasan mula direkacipta oleh kerajaan untuk menangkap Ibrahim Libya.

6) akhirnya kerajaan dengan kerjasama polis, FRU dan pasukan polis hutan mula mengepung kampung memali. sepanjang seminggu kepungan, bilangan pasukan keselamatan yang berkampung di situ mencecah 3,000 orang. masing2 lengkap bersenjata bersama2 dengan pelbagai kelengkapan lain seperti kereta2 perisai, lori water cannon dan sebagainya. seolah2 mereka sedang bersedia nak berperang dengan komunis.

7) itulah antara tohmahan yang disebarkan di kalangan anggota polis - ada diantara mereka yang diyakinkan bahawa operasi ini adalah utk menggempur saki baki komunis. tetapi dalam masa yang sama, ada juga yang mengetahui mereka bukanlah merempuh komunis sebaliknya hanya menentang penduduk sebuah kampung yang hanya dilengkapi senjata kampung - parang, pisau, bulu ayam - tapi dek kerana arahan, depa terpaksa ikut.

rundingan demi rundingan cuba dilakukan oleh penduduk kampung - yang terdiri daripada orang tua, wanita dan kanak2 - tapi buntu. bagi pasukan polis, arahan jelas daripada KDN adalah utk menghapuskan Ibrahim Libya - hidup atau mati.

9) akhirnya selepas subuh, polis melancarkan serangan. apalah sangat senjata parang dan pisau jika dibandingkan dengan pistol dan sub machine-gun. apalah sangat kederat makcik2 kampung berbanding dengan polis yang memang dilatih khas.

10) pada mulanya, polis melepaskan gas peedih mata. seorang kanak2 yang terkena gas tersebut pengsan dengan mulutnya berbuih. kejadian itu menaikkan kemarahan seorg penduduk kampung bernama cikgu shafie yang nekad membalas kezaliman polis namun dia ditembak sebelum sempat dia merapati polis. bermula dari situ, serangan pun dilancarkan bertai arus.

11) selepas zohor, serangan pun dihentikan. 14 orang disahkan mati dengan ramai lagi cedera. operasi pembersihan segera dilakukan agar kejadian itu terlindung dari pengetahuan orang ramai. cerita sebenar terus dipastikan tidak sampai pada pengetahuan umum.

al fatihah untuk para syuhada memali.

http://al-hajari.blogspot.com/2013/01/memali-ringkasan-kisah.html

Wednesday, December 12, 2012

How to connect oracle into your netbean..

helo helo!!

now i'm back with netbean in da house..
i am successfully connect my oracle into my netbean.

do you wanna know how??

first of all u hv to check the requirement in your laptop...

 

 done? 
next step u go to this url..very helpful in setting the connection:

http://netbeans.org/kb/docs/ide/oracle-db.html

credit to netbean website!!!!

selamat mencuba guys...
adioss~~~~

-deja-


Sunday, December 9, 2012

Congrate to myself!!

waaaa...congrate to myself..
i am pregnant for 6 weeks now....

arissa bakal menerima adik next year...yeahhh! alhamdulilah terima kasih atas rezeki yang Kau berikan kepada kami sekeluarga...thanks Allah.

for my baby nur arissa kena berlatih tolong mama lps ni tau....papa & mama luv u so much dear!!


okeh need to go...
time lunch dah abis...i need to finish up my system flow...adiosss!!!

-deja-

Thursday, November 1, 2012

berangan time......

berangan masa tibanya birthday kita:-

1. ada sebiji kek secret recipe chocolate atas meja...ya allah sedaapnya...kita dah lah mmg suka sgt sgt kek chocolate kan...tak payah nyanyi atau lilin sbb ustaz azhar idrus kata haram kita tiup lilin atas kek sbb tu budaya kristian okay...




2. ada present walaupun tak seberapa kan tp kita sgt sgt appreciate......bukan kerana nak ganjaran tp rasa macam di hargai sgt sgt kalau dpt sumthing drpd org yg kita syg... =(



3. ada setangkai bunga ke.....alahai romantikk kan kan...




berangan jer lah deja ni kan ... hikhikhik

Friday, October 5, 2012

Tetamu Allah

Salam sayang semua kawan-kawan..
Berbulan-bulan juga deja x update blog...sorry sgt
deja sibuk sgt2...siang keje malam pulak melayan karenah si comel my lovely daughter arissa....
 inilah diaa arissa yg dah masuk 10 bulan...20.11 ni cukup setahun....
i love u so much mydear.....

deja insyaAllah kalau tiada apa2 halangan deja akan mengerjakan umrah tahun depan. Semoga Allah mempermudahkan urusan ibadah deja...mmg betul bila tgk citer drama 'Adam dan Hawa'..mmg deja akui sgt berdebar-debar bila masa tu makin dekat nak pergi ke sana....'tanah suci Allah'....kita teringat kembali dosa-dosa yang kita dah lakukan....semoga Allah mengampunkan segala dosa-dosa yg deja pernah lakukan.....deja juga mengharapkan agar kawan2 diluar sana yg mengenali diri deja ni..maaflah sekiranya deja ada buat silap,kecilkan hati ke...maaf yer kawan-kawan.

sedih pula..walaupun lama lg deja nak g tp aura dan bahang tanah suci sudah mula terasa dalam diri deja.....

'Ya Allah...semoga Kau permudahkan ibadahku dan urusanku dalam menempuh hari-hari yg kian mendatang.....amin'

-deja-

Tuesday, July 10, 2012

happy anniversary -2y-

semoga Allah memberkati kehidupan kita suami isteri di dunia dan juga akhirat...
sepanjang tempoh perkenalan kita dan selama 2 tahun sudah saya bergelar isteri kepada suami tercinta..
maaf sekiranya ada terlanjur kata, terkecilkan hati, terlepas kata-kata..
sesungguhnya saya adalah insan yang tidak sempurna...

semoga percintaan yang terbina atas amanah-Nya, saya mendoakan semoga perkahwinan kita ini kekal hingga ke syurga.....amin.

Thanks for everything dear...

ikhlas dr isterimu,
-deja-

Tuesday, May 15, 2012

Nur Arissa

pejam pelik pejam pelik..
arissa my lovely daughter hampir masuk 6 bulan...

this is latest pic my baby arissa...nama glamer dia kat babysitter which is my adik ipar is "che cha"..ekekeke

 ini la dia budaknya yg banyak karenah sunggu..letih mama arissa melayan...watever everyday i mizz her & her papa....

lately deja busy sket sbb uruskan si kecil dan skrg disbb kan umur deja yg dah masuk 3 series, i need supplement!!!! yes...suppplemet..but what kink of supplement do i need?

surfing punya surfing..at last deja beli collegent dust made from france..ni kat malaysia x de jual tau, i beli direct ngan one of model malaysia, mak dia pernah jadi model 60-an..

deja br je makan, nnt kalau ada perubahan baru deja akan publish kat sini..sbb segan la pulak buatnya x menjadi collagent tu kat deja..haaa..sapa yg malu? arissa juga..ekekek

well...in parallel, deja juga dah stat semula activekan usahawan online deja, anyone yg interested nak beli perfume ke atau tshirt muslimah ke hijab ke...try la visit my official blog --> http://zara-chantique.blogspot.com/ 



oklah, waktu rehat dah abis. so..deja nak sambung kerja.nnt tak siap pulak....daa~~~~

Monday, April 2, 2012

my baby arissa..

lama tak update blog...
since bergelar mama ni...byk yg perlu dilakukan...

tp aku redha & pasrah bukan senang utk menjadi ibu yg terbaik utk anakku ni..
tp aku akan cuba selagi aku masih bernafas...

inilah dia my lovely arissa...


walaupun dia dilahir secara czer tp sakit nya tetap berada dalam ingatan ku..
aku solute kepada wanita diluar sana yg boleh melahirkan anak yg sungguh ramai..

hidup ni kdg2 tak sentiasa ceria seperti yg kita harapkan...
kdg2 kita berada diatas dan kdg2 kita akan berada di bawah..
itulah dinamakan roda kehidupan..

tp apa yang aku pasti, sharp pukul 5 aku tak sabar nak balik untuk menatap wajah arissa..kerana....
wajah itu yg mampu buatku tenang dan tersenyum melihat gelagat nya...
walaupun masalah yg melanda dalam hidupku ni sememangnya amat berat utk dipikul,

biarlah org nak kata aku pentingkan diri sendiri..
biarlah org nak kata aku ni jahat..
biarlah org nak kata aku ni itu aku ni ini..
tp yg pastinya apa yg berlaku kali ini susah untuk aku lupakan....

aku akan pasrah dan biarkan ia berlalu mengikut masa dan sekiranya takdir ku telah ditetapkan oleh-Nya..aku terima...

amin..

Tuesday, November 8, 2011

menghitung hari


hi blogger..

minggu ke-36 (9 months)
deja ngan suami menunggu masa je skrg ni ...


tp baby deja tak reti dok diam...
last check up doc baby deja menyongsang(breech pregnancy)....
huhuhu
possibility untuk deja bersalin normal sangat rendah...
baby deja sama cam gambar-gambar di atas cuma bontot dia ngadap depan....hiks
sweetkan....Allah Maha Kuasa...ada bayi dalam perut kita yg hidup..
boleh bernafas dalam air...kalau direnung-renungkan menitis air mata kita mengingatkan betapa Allah itu Maha Segala-Segalanya....

tp deja ngan suami x berputus asa..kami sentiasa mendoakan Allah memberikan jalan yg terbaik untuk deja & suami.

yg penting dua-dua selamat kan =)

deja nk kongsi ngan korang...

kalau deja insyaAllah dapat baby gurl...nak namakan nur alya
kalau baby boy ariff hakimi.....


haaa...simple, ringkas dan pendek jek...heheh
sbb nama suami deja dah panjang kan..so anak2 kena bg nama pendek-pendek....kuikuikui

oklah...deja nk sambung wat keje..
workload! workload!

daaa~~~~

Sunday, October 16, 2011

~ 8 months preggy mummmy ~

makin dekat menyambut kedatangan ahli baru dalam family..
Alhamdulilah semuanya berjalan lancar..
semoga Allah sentiasa memberkati hidupku & suamiku, hidup jiran2 tetangga,
hidup keluargaku, hidup muslimin & muslimat sekalian alam...

petikan dr sham kamikaze yg boleh dijadikan teladan kepada kita semua dalam hidup berumahtangga....amin

"Cinta itu bukan alasan utama untuk dapat bahagia kerana ramai juga bercerai kerana cinta. Ramai orang bercinta bagai 'hilang ingatan' tapi bercerai berai juga akhirnya. Ramai yang kahwin suka sama suka, tapi rumahtangga runtuh akhirnya. Ini bukan soal cinta atau suka. Ini soal sejauh mana kebergantungan suami isteri pada Allah dlm setiap urusan. Sejauh mana mereka sepakat dalam mencari BERKAT dalam rumahtangga...Bila tiada berkat naik kereta BMW bersama isteri pun tak seronok asyik bergaduh je tapi bila berkat, naik Kancil dari KL ke Penang pun rasa seronok bergelak ketawa dgn isteri atau suami kita... (via Norman Liverpool)"

Monday, September 19, 2011

7 months ~ preggy mummy

time to time..
week by week..
month by month...
almost 8 months now...

cepat masa berlalu..
perasaan yang tak tergambar oleh ku adalah apabila dapat merasai pergerakkan baby dalam perut..

dia menendang.....bermain roller coaster...berpusing-pusing..bermain dan bermacam2 lagi..
patutlah org sll kata walaupun ada kesakitan yg dialami ketika pregnant tetapi tidak terbanding dengan nikmat yang dirasai bila merasa pergerakan baby bermain..entahlah susah rasanya nak describe feeling tu....

barang-barang baby so far dah dibeli cuma tinggal beberapa item lagi cam vicks,changing mat,tempat penyembur utk basuh kencing baby etc.

skrg ni baby sedang tendang-menendang dan sedang memberi feedback apabila aku bercakap dgn dia...haaaa..percayalah............ ekekeke

Sunday, September 4, 2011

~ selamat hari raya, maaf zahir & batin ~

hi kawan-kawan,

Salam aidilfitri maaf zahir & batin yer..
Maaf kalau sepanjang tempoh perkenalan ada yg terguris hati, terkecil hati,
kecewa dgn deja..
apa-apa jelah yg rasa deja ada buat salah...

sempena bulan mulia ni deja dan suami nak minta maaf dari
hujung rambut sampai hujung kaki...



ikhlas dari;
-deja & suami-