Sunday, April 18, 2010

Wanita@women.....


Kadang-kadang kita terlupa....
yang sesungguhnya kita sangat bertuah dilahirkan sebagai kaum Hawa...

erm...
kadang-kadang wanita terlupa, naif, alpa dalam peranan sebagai seorang.......

anak kepada ibu dan bapa tersayang,
menantu kepada ibu dan bapa keluarga suami tercinta,
isteri kepada seorang suami yang berkerja siang & malam mencari nafkah utk anak-anak,
ibu kepada anak-anak yang Allah kurniakan hasil daripada kasih dan cinta antara suami & isteri,
pekerja kepada majikan yang memberi gaji hasil daripada tulang 4 kerat bekerja untuk membantu mengurangkan beban suami tercinta....

untuk renungan kita bersama sebagai kaum Hawa....deja ingin berkongsi..

1. Dia bekerja dengan Tuhan, menjadi 'kilang' manusia. Setiap bulan dia diberi cuti bergaji penuh..7 hingga 15 hari sebulan dia tidak wajib sembahyang tetapi Allah anggap diwaktu itu sembahyang terbaik darinya.

2. Cuti bersalin juga sehingga 60 hari. Cuti ini bukan cuti suka hati tetapi, cuti yang Allah beri sebab dia bekerja dengan Allah..Orang lelaki tiada cuti dari sembahyang..sembahyang adalah wajib baginya dari baligh sehingga ke akhir hayat....

3. Sepanjang dia mengandung, Allah sentiasa mengampunkan dosanya...lahir sahaja bayi, seluruh dosanya habis..inilah nikmat Allah beri kepada wanita....

4. Marilah kita berpegang kepada tali Allah, seandainya dia mati sewaktu bersalin, ia dianggap mati syahid..Allah izinkan terus masuk Syurga...

5. Diakhirat nnt seorang wanita solehah akan terperanjat dengan pahala extra yang banyak dia terima di atas segala kebaikan suaminya yang tidak disedari...

6. Bila ternampak kesukaran suaminya di titian Sirat, dia tidak sanggup ke syurga tanpa suaminya. Maka, dia boleh memberikan pahalanya kepada suami untuk ke syurga.....Didunia, sekiranya suami dalam kesusahan, isteri boleh membantu apa tah lagi di akhirat..sekiranya dia asyik merungut, mulut sll muncung, berkasar, tidak menghormati maka dia tidak akan mendapat pahala extra ini..

Kepada semua wanita..sentiasalah bersyukur anda dilahirkan sebagai WANITA ..... renung-renungkanlah

No comments: