Monday, July 15, 2013

37 weeks and tanda-tanda awal nak bersalin

ok minggu ni deja cukup 37 weeks.
mak deja dah risau kat kg..dah standby beg baju..bila aku kata sakit jer
terus dia dtg kl...hehehe..ibu kaulah segalanya bagiku...syg ibu!

ok...since deja dah nak hampir-hampir ni kan...skrg tgh bz google tanda-tanda nak bersalin..keje mcmana? ooo...keje sudah pon ku transfer pada my replacer..my replacer smp 4 org okay...ekekekekk...boleh tahan juga ramai replacer aku....huhuhu

lately ni antara kajian yg deja dah lakukan...antara yang paling kerap tanda-tanda bersalin yang akan dialami wanita yang bersalin normal adalah:


8 Tanda-tanda Awal Bersalin
----------------------------------------

1.Sakit Belakang- Sakit belakang sering menjadi masalah utama wanita hamil.Dalam masa yang sama, ia juga menjadi petanda awal kelahiran.Sakit ini semakin lama semakin kerap dan kuat.Ia akan jadi lebih teruk pada bahagian bawah belakang.keadaan ini berlaku kerana bayi dalam kandungan beralih kedudukan dan menekan tulang belakang.

Sementara itu, bagi mengurangkan rasa sakit belakang yang dialami,posisikan diri anda seperti merangkak,kemudian angkat atau tinggikan badan ke atas.Lakukan sehingga kiraan lima.Ulangi cara yang sama untuk beberapa kali.Selain itu, anda juga boleh mengurangkan rasa kesakitan dengan banyak berjalan.Malah, ia juga membantu mempercepatkan proses kelahiran. Jika sukar untuk berjalan, minta suami anda urut bahagian belakang semasa anda berbaring secara mengiring.

~ deja sejak masuk 8 bulan lg dah start sakit belakang....x tau lah nak citer macamana tapi setiap malam mmg x lena tidoq..lglah skrg dah masuk 37 weeks...kalau posisi x betul perut deja akan senget...adeh...sakit sakit..sbb baby akan ikut cara posisi kita baring...kalau dia byk bergerak masa kita baring itu bg deja baby bg sign yg dia x selesa so, deja kena ubah cara posisi lain pulak!....huhuhu
 

2.Kontraksi rahim- Kontraksi adalah antara tanda awal dan isyarat paling penting yang menunjukkan sudah tiba masanya untuk anda bersalin.Kontraksi adalah  rasa tegang pada perut malah kadang-kadang anda  akan berasa sakit di bahagian tengah perut sehingga ke bahagian ari-ari.

Sekiranya sudah mengalami kontraksi,cuba perhatikan dan catatkan jarak masa di antaranya.Kontraksi sebenar berlaku secara  teratur  pada jarak masa yang konsisten.

Jika kontraksi yang dialami berlaku setipa lima minit dan perut mengeras dalam masa 20 hingga 45 saat setipa kali, secara teratur dan semakin kerap,segera bergegas ke hospital pilihan agar anda boleh mendapatkan pemantauan daripada doktor yang memeriksa kehamilan.Perlu diingatkan bahawa braxton Hicks tidak sama dengan kontraksi sebenar. Ia kurang menyakitkan, tidak teratur dan lama-kelamaan akan hilang sendiri. 

~ deja mula2 cam confius braxton hicks dgn kontraksi nak bersalin, tp lps research baru faham...kalau perasan kita akan terasa sakit atau tegang di bahagian perut, ras cam nak meletops jer perut..dan lps tu kita akan berasa sakit di bahagian kelengkang. tp tak kerap, kdg2 sehari sekali, paling kerap pon deja kena 2 kali sehari...kalau kerap sgt setiap 5/10 minit deja dah kena prepare...dah nak bersalin lah tu....
 
3.Bloody show- Terdapat segelintir wanita yang mengalami tanda berupa lendir pekat bercampur darah yang keluar daripada faraj.Lendir ini merupakan pluk mukus seperti gam lekang yang keluar dari laluan pintu rahim apabila serviks mula menipis.Perlu diketahui, apabila lendir ini keluar, ia bererti bayi sudah bersedia untuk bergerak ke saluran peranakan. 

Lendir yang terhasil dapat menghalang sebarang kemasukan benda asing ke dalam serviks.Lendir yang sama juga menghalang kuman yang mungkin ada daripada mengenai bayi.Jika anda mengalami tanda sebegini, anda tidak perlu tergesa-gesa untuk ke hospital.  Hal ini kerana tanda seperti ini mengambil masa tertentu sebelum anda melalui proses kelahiran.Ia boleh berlaku beberapa jam atau beberapa hari sebelum bersalin.

~ yang ni xde tanda-tanda lagi...so far so good...
 
4.Pecah Ketuban- Kebiasaannya keadaan ini berlaku apabila ada lelehan air yang keluar daripada faraj dalam jumlah yang banyak.Air yang keluar itu seharusnya jernih dan tidak berwarna.Sebaliknya jika air itu berwarna hijau, itu menandakan bayi sudah pun membuang air besar ketika masih  berada dalam kandungan.

Ramai wanita hamil  yang keliru tentang perbezaan air ketuban dan air kencing.Untuk pengetahuan,air ketuban keluar tanpa anda mengalami rasa ingin membuang air kecil.Air ini berwarna jernih dan tidak berbau. Tidak seperti air kencing yang berwarna kuning dan berbau hancing.

Apabila mengalami tanda seperti ini, sebaik-baiknya anda perlu segera berangkat ke hospital untuk pemeriksaan lanjut.Jika dibiarkan terlalu lama, ia boleh menyebabkan jangkitan kuman. Sementara itu, menurut kajian kebanyakan wanita tidak pecah ketuban sehinggalah di saat-saat akhir proses bersalin.Apa yang berlaku ialah doktor akan memecahkan ketuban anda untuk mempercepatkan proses bersalin. 

~ yang ini deja kdg2 lps kencing dalam 5 minit kalau deja nak ambik brg atas lantai tu, mcm terasa ada air mengalir tp x byk...nak kata air kencing bukan rasanya sbb br kencing..suspect air ketuban...huhuhuh....tp sikit2 jer..

5.Serviks terbuka- Sebaik sahaja kontraksi berlaku,pangkal rahim anda akan menjadi lebih lembut dan lebih nipis.Walau bagaimanapun,hanya doktor yang berupaya mengetahui perubahan serviks semasa pemeriksaan faraj dilakukan.Pembukaan di bahagian pangkal rahim dapat dikesan dengan skala 1sm hingga 10sm.

~ yang ni xde tanda-tanda lagi...nnt kot bila dah start rs kontraksi. huuh...

6.Perut memulas- Disebabkan bayi sudah mula bergerak ke saluran peranakan,ia akan memberi tekanan kepada saluran yang dikhususkan untuk membuang air besar. Sesetengah wanita akan mengalami keadaan di mana kerap ke tandas kerana terasa ingin membuang air besar.Anda dinasihatkan agar berhati-hati dan prihatin dengan tanda seperti ini kerana dikhuatiri timbul kejadian tidak diingini seperti bersalin di dalam tanda umpamanya.

~ yg ini kekadang...rasa cam sakit perut nak berak. tp bila g toilet x rasa pulak nak beraks...huhuhu

7.perut "turun"- Perut anda akan kelihatan membuncit di bahagian bawah,manakala bahagian atas terasa ringan atau kosong.Keadaan ini menandakan bayi sudah mula turun ke bawah dan memasuki saluran peranakan. Hal ini biasanya berlaku di sekitar dua minggu sebelum kelahiran.

~ yang ni mmg dah turun...semua org aku jumpa semua kata atas kiri kanan dah kosong...tunggu time jer...huhu

8.Kerap membuang air kecil- Apabila bayi sudah bergerak ke bawah,sudah pasti ia akan memberi tekanan pada pundi kencing. Atas sebab itulah,anda akan mula kerap berasa hendak membuang air kecil. 
~ fuh...setiap 10 minit deja kena g toilet..kalaulah ada toilet portable lama dah deja letak kat sebelah meja office ni haaa...huhuhu....

10 comments:

Unknown said...

teringat bila dah rasa ada tanda-tanda cepat-cepat jalan itik..hehe..

Unknown said...

jemput follow blog saya juga...saya pun dah 38 weeks..tp sakit blkg tu ok la..just kerap kencing n n rasa skit kt bhgn blkg bawah..mmg dah standby sume beg dlm kete..tkt sbb keje travel 120km everyday..nak amik cti awal mlas..hihi

http://cheentaku2.blogspot.com/2014/09/set-ibu-hamilbersalin-menyusu-shaklee.html

mummy said...

Dah masuk 37w ...risaunya sebab anak kedua...huhu

Unknown said...

Tanda-tanda Ingin Bersalin
http://lemangpanas90.blogspot.com/2015/08/tanda-tanda-ingin-bersalin.html

Unknown said...

Blogwalking sini... hri ni dah msuk 37 weeks 2 days.... tkt tp x sabar

Unknown said...

Saya dah 37weeks.da rasa sakit2 di bahagian vagina.

Unknown said...

Samala.. Perut pon mngeras je ki.. Tp blom ade tanda

Unknown said...

Samala.. Perut pon mngeras je Ni.. Tp blom ade tanda

Unknown said...

Sy kuar air yg jernih yg byk tp perot xsakit bahagian ats perot keras lg pa sebabnya tu

Anonymous said...

Kita geng.. mmg get ready phase je ni hehe
side income malaysia
jana pendapatan
cara memulakan perniagaan