Antara
produk-produk yang sering digunakan untuk tujuan membantu menguruskan berat
badan ialah seperti yang diterangkan di bawah ini:
|
Appetite
suppresant
|
Ubat jenis ini digunakan untuk mengekang selera
makan anda. Antara jenama yang ada di pasaran ialah Adipex Retard, Duromine,
Ionamin, Panbesy, dsb. Kesemuanya mengandungi phentermine. Ia berkait dengan
ubat seperti amphetamine (ecstasy). Ubat-ubatan ini dikenali sebagai ubat-ubat
psikotropik. Pembelian di farmasi hendaklah disertakan dengan preskripsi dari
doktor.
Ubat dari jenis ini hendaklah diambil dengan
berhati-hati. Anda dinasihatkan berjumpa dengan doktor untuk membuat pemeriksaan
terlebih dahulu mengambilnya. Pesakit jantung, galukoma, hyperthyroidism ataupun
yang pernah menagih dadah tidak boleh mengambil ubat ini. Ubat ini boleh
menyebabkan ketagihan.
Ubat jenis ini mempunyai banyak kesan-kesan
sampingan dan penggunaan yang lama tidak digalakkan. Pengambilan melebihi tiga
bulan berturut-turut adalah tidak dibenarkan. Antara kesan sampingan yang paling
ketara ialah rasa resah (restlessness), menjadi lebih agresif dan sukar tidur.
Kesan-kesan ini berlaku kerana ubat dari jenis ini bertindak di bahagian otak
pengambilnya untuk memberhentikan selera makannya. Antara kesan sampingan lain
ialah tekanan darah naik, mulut kering, dsb. Oleh kerana ubat ini
(contohnya Duromine) berkesan selama 16 jam, pengambilnya yang menghadapi
masalah untuk tidur perlu mengambilnya pada awal pagi (sebaik sahaja bangun
pagi).
Pengambilan ubat ini bersama-sama dengan ubat
kurus yang lain adalah tidak digalakkan. Pengambilannya bersama-sama dengan ubat
monoamine oxidase inhibitor adalah tidak dibenarkan.
Amino asid
l-phenylalanine juga dikatakan boleh membantu mengawal selera makan. Ia boleh
diambil sebagai alternatif yang selamat berbanding ubat-ubat konvensional biasa.
|
Makanan Gantian (Meal Replacement)
|
Rawatan
dari jenis ini mengandungi makanan yang perlu anda ambil mengikut peraturannya,
dan berhenti daripada mengambil makanan-makanan yang biasa diambil seperti nasi
untuk makan tengahari, dsb. Dalam kata lain, anda hanya boleh mengambil produk
ini sahaja sepanjang tempoh rawatan. Bergantung kepada jenis produk yang anda
beli, ada yang menyarankan anda mengambilnya dua kali sehari dan ada yang tiga
kali sehari. Ada juga yang membenarkan anda meminum susu, dan ada juga yang
membenarkan anda mengambil sedikit makanan sekiranya anda rasa betul-betul
lapar. Produk-produk jenis ini mengandungi low calory diet (makanan berkalori
rendah) atau very low calory diet (makanan berkalori sangat rendah).
Sebagaimana
yang dinyatakan bahawa pemakanan yang baik dan senaman yang kerap adalah penting
untuk membantu anda mengurangkan berat anda secara berkesan dan untuk jangka
masa yang lama. Email kami yang terdahulu juga ada menyatakan bahawa penurunan
berat badan antara 5-10% adalah memadai untuk mengurangkan risiko-risiko
berkaitan dengan kegemukan.
Rawatan
melalui pemakanan gantian ini adalah antara cara yang efektif untuk mengurangkan
berat badan dengan cepat. Bagaimanapun adalah penting supaya mereka yang
mengamalkannya mempunyai daya motivasi yang tinggi. Ini kerana sepanjang rawatan
ini anda akan rasa ketagih untuk makan makanan yang tidak sepatutnya anda ambil.
Banyak antara mereka ini merasa tertekan dan sukar untuk melawan nafsu makan
mereka. Akhirnya, bila mereka mengambil makanan yang tidak dibenarkan,
terutamanya makanan berlemak, badan mereka mendapati bahawa lemak ini menjadi
lebih sukar untuk dibuang. Berat badan akan naik semula (kesan yo-yo). Ini
adalah akibat dari penurunan kadar metabolisma badan mereka semasa mereka
menjalani rawatan melalui pemakanan gantian ini.
Selalunya
produk jenis ini juga mempunyai bahan yang membantu anda mengurangkan rasa ingin
makan dengan mencampurkan bahan seperti serat di dalamnya. Oleh itu nafsu makan
anda sedikit sebanyak dapat dikawal.
Produk-produk
ini menurunkan berat badan dengan menambah metabolisma lemak. Ia tidak menghakis
otot (protin) dari badan anda. Oleh itu tone badan anda dapat dikekalkan.
Antara
perkara lain yang perlu diperhatikan semasa mengambil produk ini ialah :
|
Sila ikuti program makanan yang disediakan bersama-sama dengan produk yang
anda beli, sekiranya ada.
|
|
Jangan
campur dengan air yang panas kerana ia akan merosakkan amino asid yang ada
di dalam produk-produk ini.
|
Antara
jenama yang ada di pasaran Malaysia ialah :
|
Adinax
|
|
Cambridge
Diet
|
|
21st Century
Fat Burner
|
|
Lipase
inhibitor
|
Xenical adalah antara ubat
terkini yang digunakan untuk tujuan menguruskan berat badan. Ia mengandungi
orlistat 120mg dalam setiap kapsul berwarna biru.
Xenical bertindak dengan
memberhentikan fungsi enzim lipase. Enzim lipase bertanggungjawap memecahkan
lemak yang kita ambil dari pemakanan kepada free fatty acids dan monoglycerides.
Oleh kerana lemak ini tidak dipecahkan (atau tidak dicerna) ia tidak boleh
memasuki sistem darah pengambilnya.
Xenical hendaklah diambil
sebelum makan atau dalam masa sejam selepas makan. Pengambilan Xenical tidak
perlu sekiranya makanan yang diambil tidak mengandungi lemak.
Pengambilan Xenical hendaklah
diberhentikan selepas 12 minggu (3 bulan) sekiranya berat badan tidak turun
sekurang-kurangnya 5% daripada berat badan asal.
Oleh kerana produk ini menyerap
lemak, vitamin yang larut dalam lemak seperti beta carotene, vitamin A, D, E dan
K (sama ada dalam tablet atau dari sumber asli seperti sayuran) tidak akan
diserap oleh badan. Oleh itu pengambilan vitamin ini dengan Xenical hendaklah
dijarakkan sekurang-kurangnya dua jam (2 jam adalah cukup kerana fungsi Xenical
tidak memerlukannya untuk diserap ke dalam darah - di mana ini akan mengambil
masa yang lebih lama). Begitu juga, pil perancang yang dibuat daripada
kolesterol tidak boleh diambil pada masa yang sama dengan Xenical. Antara ubatan
lain yang tidak boleh diambil sekali ialah digoxin, metformin, nifedipine,
phenytoins, statins dan warfarin.
Xenical tidak boleh diambil
oleh mereka yang alahan dengannya, mereka yang mengalami masalah dalam
penyerapan makanan dan pesakit cholestasis.
Antara kesan sampingan
pengambilan Xenical ini ialah masalah yang berkaitan dengan perut - najis
berminyak, lebih kerap buang air dan tidak boleh mengawal buang air besar.
Selain itu ia menghalang penyerapan beberapa vitamin (lihat di atas) di mana ini
mungkin memerlukan anda mengambil pil-pil vitamin seperti multivitamin.
|
Chitosan
|
Chitosan
diperbuat daripada polysaccharide chitin. Ia adalah kanji yang banyak terdapat
di dalam kulit udang, kerang dan binatang laut berkulit yang lain.
Fungsi
chitosan ini samalah seperti fibre (serat) tetapi ia mempunyai kelebihan iaitu
ia boleh melekat kepada lemak. Chitosan mengandungi caj-caj positif, dan ini
membolehkannya melekat kepada lemak, kolesterol, triglyceride dan asid hempedu
yang mengandungi caj-caj negatif.
Oleh
kerana ia tidak dicerna dan diserap ia tidak menambah kalori ke dalam badan
anda.
Kesan-kesan
baik yang didapati dengan memakan chitosan
|
Lemak-lemak
dari makanan boleh ditapis. Lemak-lemak ini dikeluarkan dari badan dan tidak
diserap ke dalam badan.
|
|
Mengurangkan
LDL (kolesterol tidak baik) dan meningkatkan HDL (kolesterol baik).
|
|
Antacid.
Ia melawan asid berlebihan yang dikeluarkan dalam perut / usus. Baik untuk
yang menghidapi ulser dan gastrik.
|
Keburukan
chitosan
|
Chitosan
melekat kepada vitamin yang larut dalam lemak, iaitu vitamin A, D, E dan
K. Ada kemungkinan juga chitosan melekat kepada beta carotene. Ini
menyebabkan vitamin-vitamin ini tidak dapat diserap oleh badan.
|
|
Chitosan
mengurangkan penyerapan kalsium. Orang yang berisiko menghidapi osteoporosis
tidak digalakkan mengambil chitosan.
|
|
Chitosan
boleh mengurangkan kandungan bakteria baik Bifidobacteria dan Lactobacillus.
Bakteria ini penting dalam fungis enzim yang sempurna di samping penting
untuk pengeluaran vitamin tertentu.
|
|
Chitosan
boleh menghalang penyerapan ubat-ubat tertentu yang bergantung penyerapannya
kepada penyerapan lemak. Ubat-ubatan yang diperbuat daripada lemak seperti
pil perancang hendaklah diambil empat jam sebelum atau selepas pengambilan
chitosan.
|
|
Sebagai
fibre (serat), chitosan menarik air. Kekurangan air boleh menyebabkan
sembelit. Terlalu banyak chitosan pula boleh menyebabkan anda rasa kenyang.
|
Siapa yang tidak boleh
menggunakan chitosan
Tidak
semua orang boleh mengambil chitosan. Invdividu di bawah ini disarankan tidak
mengambil chitosan :
|
Mengandung
atau menyusukan bayi
|
|
Orang
yang mengambil ubat-ubat seperti blood thinner
|
|
Orang
yang mengalami osteoporosis
|
|
Orang
yang memakan ubat yang banyak. Ini kerana pemakanan ubat pada waktu yang
berdekatan dengan pengambilan chitosan menyebabkan ubat tersebut mungkin
tidak berfungsi sepenuhnya.
|
|
Pembakar lemak
|
Antara ubat
yang sering digunakan untuk tujuan ini ialah benfluorex (Mediaxal) yang
berfungsi membaiki metabolisma lemak dan karbohidrat. Selain daripada itu,
penggunaan asid amino seperti methionine, choline, inositol, betaine dan
l-arginine juga sering digunakan. Asid amino jenis ini bukan sahaja membantu
membakar lemak, tetapi juga menyebabkan pengeluaran lecithin oleh hati
meningkat. Walaupun tidak digunakan untuk menguruskan badan, lecithin
membantu mencairkan kolesterol (Kolesterol ialah lemak di dalam darah dan
tidak ada kaitan dengan sais badan).
Thank you for reading this entry !
No comments:
Post a Comment