ok minggu ni deja cukup 37 weeks.
mak deja dah risau kat kg..dah standby beg baju..bila aku kata sakit jer
terus dia dtg kl...hehehe..ibu kaulah segalanya bagiku...syg ibu!
ok...since deja dah nak hampir-hampir ni kan...skrg tgh bz google tanda-tanda nak bersalin..keje mcmana? ooo...keje sudah pon ku transfer pada my replacer..my replacer smp 4 org okay...ekekekekk...boleh tahan juga ramai replacer aku....huhuhu
lately ni antara kajian yg deja dah lakukan...antara yang paling kerap tanda-tanda bersalin yang akan dialami wanita yang bersalin normal adalah:
8 Tanda-tanda Awal Bersalin
----------------------------------------
1.Sakit
Belakang- Sakit belakang sering menjadi masalah utama wanita
hamil.Dalam masa yang sama, ia juga menjadi petanda awal kelahiran.Sakit
ini semakin lama semakin kerap dan kuat.Ia akan jadi lebih teruk pada
bahagian bawah belakang.keadaan ini berlaku kerana bayi dalam kandungan
beralih kedudukan dan menekan tulang belakang.
Sementara
itu, bagi mengurangkan rasa sakit belakang yang dialami,posisikan diri
anda seperti merangkak,kemudian angkat atau tinggikan badan ke
atas.Lakukan sehingga kiraan lima.Ulangi cara yang sama untuk beberapa
kali.Selain itu, anda juga boleh mengurangkan rasa kesakitan dengan
banyak berjalan.Malah, ia juga membantu mempercepatkan proses kelahiran.
Jika sukar untuk berjalan, minta suami anda urut bahagian belakang
semasa anda berbaring secara mengiring.
~ deja sejak masuk 8 bulan lg dah start sakit belakang....x tau lah nak citer macamana tapi setiap malam mmg x lena tidoq..lglah skrg dah masuk 37 weeks...kalau posisi x betul perut deja akan senget...adeh...sakit sakit..sbb baby akan ikut cara posisi kita baring...kalau dia byk bergerak masa kita baring itu bg deja baby bg sign yg dia x selesa so, deja kena ubah cara posisi lain pulak!....huhuhu
2.Kontraksi rahim- Kontraksi
adalah antara tanda awal dan isyarat paling penting yang menunjukkan
sudah tiba masanya untuk anda bersalin.Kontraksi adalah rasa tegang pada
perut malah kadang-kadang anda akan berasa sakit di bahagian tengah
perut sehingga ke bahagian ari-ari.
Sekiranya
sudah mengalami kontraksi,cuba perhatikan dan catatkan jarak masa di
antaranya.Kontraksi sebenar berlaku secara teratur pada jarak masa
yang konsisten.
Jika
kontraksi yang dialami berlaku setipa lima minit dan perut mengeras
dalam masa 20 hingga 45 saat setipa kali, secara teratur dan semakin
kerap,segera bergegas ke hospital pilihan agar anda boleh mendapatkan
pemantauan daripada doktor yang memeriksa kehamilan.Perlu diingatkan
bahawa braxton Hicks tidak sama dengan kontraksi sebenar. Ia kurang
menyakitkan, tidak teratur dan lama-kelamaan akan hilang sendiri.
~ deja mula2 cam confius braxton hicks dgn kontraksi nak bersalin, tp lps research baru faham...kalau perasan kita akan terasa sakit atau tegang di bahagian perut, ras cam nak meletops jer perut..dan lps tu kita akan berasa sakit di bahagian kelengkang. tp tak kerap, kdg2 sehari sekali, paling kerap pon deja kena 2 kali sehari...kalau kerap sgt setiap 5/10 minit deja dah kena prepare...dah nak bersalin lah tu....
3.Bloody show- Terdapat
segelintir wanita yang mengalami tanda berupa lendir pekat bercampur
darah yang keluar daripada faraj.Lendir ini merupakan pluk mukus seperti
gam lekang yang keluar dari laluan pintu rahim apabila serviks mula
menipis.Perlu diketahui, apabila lendir ini keluar, ia bererti bayi sudah bersedia untuk bergerak ke saluran peranakan.
Lendir
yang terhasil dapat menghalang sebarang kemasukan benda asing ke dalam
serviks.Lendir yang sama juga menghalang kuman yang mungkin ada daripada
mengenai bayi.Jika anda mengalami tanda sebegini, anda tidak perlu
tergesa-gesa untuk ke hospital. Hal ini kerana tanda seperti ini
mengambil masa tertentu sebelum anda melalui proses kelahiran.Ia boleh
berlaku beberapa jam atau beberapa hari sebelum bersalin.
~ yang ni xde tanda-tanda lagi...so far so good...
4.Pecah Ketuban- Kebiasaannya
keadaan ini berlaku apabila ada lelehan air yang keluar daripada faraj
dalam jumlah yang banyak.Air yang keluar itu seharusnya jernih dan tidak
berwarna.Sebaliknya jika air itu berwarna hijau, itu menandakan bayi sudah pun membuang air besar ketika masih berada dalam kandungan.
Ramai
wanita hamil yang keliru tentang perbezaan air ketuban dan air
kencing.Untuk pengetahuan,air ketuban keluar tanpa anda mengalami rasa
ingin membuang air kecil.Air ini berwarna jernih dan tidak berbau. Tidak
seperti air kencing yang berwarna kuning dan berbau hancing.
Apabila
mengalami tanda seperti ini, sebaik-baiknya anda perlu segera berangkat
ke hospital untuk pemeriksaan lanjut.Jika dibiarkan terlalu lama, ia boleh menyebabkan jangkitan kuman. Sementara
itu, menurut kajian kebanyakan wanita tidak pecah ketuban sehinggalah
di saat-saat akhir proses bersalin.Apa yang berlaku ialah doktor akan
memecahkan ketuban anda untuk mempercepatkan proses bersalin.
~ yang ini deja kdg2 lps kencing dalam 5 minit kalau deja nak ambik brg atas lantai tu, mcm terasa ada air mengalir tp x byk...nak kata air kencing bukan rasanya sbb br kencing..suspect air ketuban...huhuhuh....tp sikit2 jer..
5.Serviks terbuka- Sebaik
sahaja kontraksi berlaku,pangkal rahim anda akan menjadi lebih lembut
dan lebih nipis.Walau bagaimanapun,hanya doktor yang berupaya mengetahui
perubahan serviks semasa pemeriksaan faraj dilakukan.Pembukaan di
bahagian pangkal rahim dapat dikesan dengan skala 1sm hingga 10sm.
~ yang ni xde tanda-tanda lagi...nnt kot bila dah start rs kontraksi. huuh...
6.Perut memulas- Disebabkan
bayi sudah mula bergerak ke saluran peranakan,ia akan memberi tekanan
kepada saluran yang dikhususkan untuk membuang air besar. Sesetengah
wanita akan mengalami keadaan di mana kerap ke tandas kerana terasa
ingin membuang air besar.Anda dinasihatkan agar berhati-hati dan
prihatin dengan tanda seperti ini kerana dikhuatiri timbul kejadian
tidak diingini seperti bersalin di dalam tanda umpamanya.
~ yg ini kekadang...rasa cam sakit perut nak berak. tp bila g toilet x rasa pulak nak beraks...huhuhu
7.perut "turun"- Perut
anda akan kelihatan membuncit di bahagian bawah,manakala bahagian atas
terasa ringan atau kosong.Keadaan ini menandakan bayi sudah mula turun
ke bawah dan memasuki saluran peranakan. Hal ini biasanya berlaku di
sekitar dua minggu sebelum kelahiran.
~ yang ni mmg dah turun...semua org aku jumpa semua kata atas kiri kanan dah kosong...tunggu time jer...huhu
8.Kerap membuang air kecil- Apabila
bayi sudah bergerak ke bawah,sudah pasti ia akan memberi tekanan pada
pundi kencing. Atas sebab itulah,anda akan mula kerap berasa hendak
membuang air kecil.
~ fuh...setiap 10 minit deja kena g toilet..kalaulah ada toilet portable lama dah deja letak kat sebelah meja office ni haaa...huhuhu....
Monday, July 15, 2013
Thursday, June 20, 2013
Bahagia?
Kebahagian? apa itu kebahagian?
Terlalu general untuk didefinisikan...masing2 berbeza perasaan bahagia yang dirasakan..
ada yg bahagia:-
-dalam menjalankan aktiviti harian
-dalam kepuasan dalam perhubungan, pemilikan material dan sebagainya..
-dalam kejayaan terhadap segala impian
-dalam memiliki material melebihi keperluan
-bila mendapat pujian dan penerimaan masyarakat
deja punya kebahagian pulak...deja nak suami deja ada sentiasa dengan deja tak kisah masa tu kami sekeluarga senang ke susah ke, sihat ke sakit ke....deja tak nak material atau pun penama material harta kekayaan....huhuhu...itulah kebahagian deja...
waaa...lg2 la dah masuk 34 weeks ni...lg beberapa minggu jer nak menunggu kedatangan baby baru.....x sabar dan berdebar sbb insyaAllah kali ni boleh deliver secara normal.
Kawan2 doa kan semoga semuanya selamat yer..insyaAllah....
Terlalu general untuk didefinisikan...masing2 berbeza perasaan bahagia yang dirasakan..
ada yg bahagia:-
-dalam menjalankan aktiviti harian
-dalam kepuasan dalam perhubungan, pemilikan material dan sebagainya..
-dalam kejayaan terhadap segala impian
-dalam memiliki material melebihi keperluan
-bila mendapat pujian dan penerimaan masyarakat
deja punya kebahagian pulak...deja nak suami deja ada sentiasa dengan deja tak kisah masa tu kami sekeluarga senang ke susah ke, sihat ke sakit ke....deja tak nak material atau pun penama material harta kekayaan....huhuhu...itulah kebahagian deja...
waaa...lg2 la dah masuk 34 weeks ni...lg beberapa minggu jer nak menunggu kedatangan baby baru.....x sabar dan berdebar sbb insyaAllah kali ni boleh deliver secara normal.
Kawan2 doa kan semoga semuanya selamat yer..insyaAllah....
Sunday, June 9, 2013
boy or gurl? which yours.....
Hi blogger..
saja nak share dgn korang timetable yg deja jumpa masa surfing tentang kehamilan....
ini hanyalah kebetulan..apa pun sahaja jantina baby kita
telah Allah tetapkan...semoga semua sihat ibu dan baby..amin....
saja nak share dgn korang timetable yg deja jumpa masa surfing tentang kehamilan....
ini hanyalah kebetulan..apa pun sahaja jantina baby kita
telah Allah tetapkan...semoga semua sihat ibu dan baby..amin....
Subscribe to:
Posts (Atom)