Saturday, September 18, 2010

Kematian Kawan Baik Datuk Sosilawati Lawiya, Sarina Jaafar

Baru saja kita dikejutkan dengan kematian jutawan terkenal pengasas kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya yang meninggalkan kita dalam keadaan mengharukan apabila dia menjadi mangsa pembunuhan kejam yang dilakukan oleh manusia yang entah di mana sifat perikemanusiaan mereka dan di dalangi oleh dua adik beradik peguam yang bermatakan duitan semata-mata.

Hari ini, ketika bersarapan di sebuah restoren, deja membeli paper Berita Harian, terkejut dengan berita kematian kawan baik Allahyarham Sosilawati iaitu Sarina Jaafar (45 Tahun) pengasas kosmetik Aveer ditemui mati tergantung di bilik tidur utama rumahnya. Polis mengatakan tiada kesan jenayah ditemui dan dikategorikan sebagai 'mati mengejut'. Difahamkan juga ia ada berkaitan dengan tekanan yang dihadapi dan kematian Sosilawati yang menganggu perasaan ahli perniagaan tersebut.

Byk persoalan yang bermain di minda deja, mengapa sanggup membunuh diri kerana kita sebagai orang islam sekiranya menghadapi kesusahan atau ditimpa musibah, kepada Dia iaitu Tuhan yang Esa juga kita meminta pertolongan, Waallahualam..... hanya Allahyarham Sarina Jaafar saja yang mengetahuinya. Marilah kita sedekahkan dan berdoa supaya roh nya dicucuri rahmat oleh Allah. Al-Fatihah...




Hadith :
Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:”:Sesiapa yang membunuh dirinya dengan benda tajam, maka benda tajam itu akan dipegangnya untuk menikam perutnya di neraka Jahanam. Hal itu akan berlangsung selama-lamanya. Sesiapa yang meminum racun sehingga mati, maka ia akan meminumnya di dalam neraka Jahanam selama-lamanya. Sesiapa yang menjatuhkan diri dari gunung semata-mata untuk membunuh diri, maka ia akan menjatuhkan dirinya ke dalam neraka Jahanam selama-lamanya.
Riwayat Abu Hurairah





reference:

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0919&pub=Utusan_Malaysia&sec=Jenayah&pg=je_01.htm


http://www.bharian.com.my/bharian/articles/RakanSosilawatimatitergantung/Article/



No comments: