Sunday, October 16, 2011

~ 8 months preggy mummmy ~

makin dekat menyambut kedatangan ahli baru dalam family..
Alhamdulilah semuanya berjalan lancar..
semoga Allah sentiasa memberkati hidupku & suamiku, hidup jiran2 tetangga,
hidup keluargaku, hidup muslimin & muslimat sekalian alam...

petikan dr sham kamikaze yg boleh dijadikan teladan kepada kita semua dalam hidup berumahtangga....amin

"Cinta itu bukan alasan utama untuk dapat bahagia kerana ramai juga bercerai kerana cinta. Ramai orang bercinta bagai 'hilang ingatan' tapi bercerai berai juga akhirnya. Ramai yang kahwin suka sama suka, tapi rumahtangga runtuh akhirnya. Ini bukan soal cinta atau suka. Ini soal sejauh mana kebergantungan suami isteri pada Allah dlm setiap urusan. Sejauh mana mereka sepakat dalam mencari BERKAT dalam rumahtangga...Bila tiada berkat naik kereta BMW bersama isteri pun tak seronok asyik bergaduh je tapi bila berkat, naik Kancil dari KL ke Penang pun rasa seronok bergelak ketawa dgn isteri atau suami kita... (via Norman Liverpool)"